Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Malam ni rasa terpanggil nak share kisah MC dengan Craft Paper. Masa mula-mula dulu, MC tak tau pon nama sebenar dia. Ingatkan dia Sugar Paper (yang biasa kat kedai color hitam tu). Memang p cari kat kedai tanya Sugar Paper Brown. Kekeke... Semua kedai alatulis cakap tak da.
MC Google & baru tau nama sebenar dia Craft Paper. Ada juga yang sebut Brown Paper.
Start dari situ, bermulalah misi MC menGoogle semua supplier atau kilang paper. Banyak la list yang MC ada. MC print semua list tu. Then MC pilih secara manual. tengok description setiap supplier or kilang tu. MC bagi keutamaan kepada, Factory. Kilang.
Hilight semua kilang kertas area berdekatan MC. Ada yang MC emel. Tapi, semua tak berjawab. Hehehe... Mana la kilang nak layan MC nak oder sikit2 kan... So, yang tak reply tu, MC pangkah. Rasa cam MC simpan lagi list tu. Ada berapa helai ntah. 4-5 pages kot. Gigih tak??? Hehehe... NAK 1 000 DAYA, KALAU TAK MAU TU, 1 000 000 DALIHNYA...
MC call kilang yang MC tak pangkah. Alhamdulillah... Berjumpa dengan kilang yg MC dok beli paper dari tahun 2013 hingga sekarang. Beli paper under LUVLYSIS ENTERPRISE (daftar di bawah nama adik MC). Time tu page MC = LuvlySis. Skang MC dah pass page tu kat adik & dia yang continue bisnes di page tu. Kebanyakan paper beli untuk buat kad kahwin. Antara paper yang slalu kami beli :
- Paling top beli, Ivory Card (white). Ivory ni mahai. Tapi memang cantik papernya. Smooth ja. Kalau buat kad kahwin memang cun even print guna inkjet biasa ja.
- Craft Paper 90gsm
- Craft Paper 150gsm
- Woodfree Paper
Tu antara 4 jenis paper yang selalu kami beli. Skang kalau MC beli pon, kena guna nama LuvlySis jugak sebab kalau tak guna nama LuvlySis, tak dapat la harga cam MC dapat skang. Rasanya yang top skang, Craft Paper kot. Hehehe... MC dah tak beli Craft Paper 90gsm. Beli yang 150gsm ja.
Sambung cerita tadi. Dalam phone dia bagi direction ke kilang. MC tengok milestone yang dia bagi, husband drive. Susahnya nak jumpa. Salah jalan berkali-kali. Tak pasal-pasal kena bayar tol. Pusing balik kena bayar tol lagi. Cari lagi dari Milestone mula2 staf kilang tu bagi. Berapa kali ntah sesat, Kakakaka! Sampai dah give up. Plan nak balik rumah trus tapi MC suh try sekali lagi.
MC guna Google Maps kot. Berhati-hati last tu & finally... Kami dipertemukan dengan kilang tersebut. Naik ke ofis, staf tunjuk semua katalog paper. masa tu la MC nampak Craft Paper!!! Teruja gila sebab lama dah cari gara-gara nak buat kad kahwin style Old School. Sebab tu kalau perasan kat page LuvlySis tu, ada album Kad Kahwin Old School. Nak print guna paper ni la. Ada bnyak jenis kategori ikut berat dia. Time tu MC berkenan yang 90gsm sebab betul2 cam kulit buku sekolah dulu2 yang nipis tu. Time tu beli Craft Paper 1 Rim, lambat btol nak habis sebab orang nak buat kad kahwin fancy2. Hehehe... MC ja dok guna paper tu.
MC start juai paper tu masa buat page Projek BBM Harith & Damia. Tak sangka sambutan agak tinggi. Tapi bab nak p restock tu la segan sikit. Pasni, InsyaAllah... Kami akan selalu restock ye. Ni picture iklan 1st kat page tu. Masa ni saiz A3 pon ada tapi xbanyak permintaan, so skang potong semua A4 ja.
Beli kertas gini ja. Almaklumla beli kat kilang. Balik rumah, sendiri packing.
MC slalu kutip kotak kertas fotostat kat pejabat yang tak guna. Hahaha! Sampai rumah, buh paper dalam kotak-kotak yang MC kutip bawak balik tu.
Ni yang dah siap packing. Kira satu2 ooo...
Habis dah kisah misi MC mencari Craft Paper. Sebenarnya boleh ja kita capai apa yang kita nak kalau bersungguh-sungguh + dengan pertolongan Allah memberi rezeki pertemuan yang tak disangka tu. Kalau Allah tak tolong, tak jumpa juga. Kalau dah memang rezeki tu, dah give up nak balik rumah terus dah pon boleh jumpa jugak!!!
Lepas beli Craft Paper tu, balik terus MC buat sampel kad kahwin guna Craft Paper. Ni sampel kad kahwin yang MC buat guna Craft Paper tu. Yang saiz kecik pon ada tapi xsnap plak dulu. Ni pic MC curi dari LuvlySis.
Versi Color
Versi Ekonomi. Tapi still nice. Ececece... puji design sendiri plak. Ahakss!
Ni kad kahwin tempahan pelanggan. Adik MC fotostat atas Craft Paper skali sebab customer ni nak kad kahwin fotostat colorful. Tapi MC suka sangat tengok kad-kad customer ni. Meriah! Semua kad ni kad fotostat ja. Versi kad ekonomi.
Ni cover projek yang MC buat masa dengan page Projek BBm Harith & Damia.
Dulu MC jual ni. Skang MC dah release for free Softcopy ni.
Untuk latest ni, p kilang MC suh husband bawak siap-siap kotak. Suh depa buh terus dalam kotak sebab klo ikat lama-lama ada kesan ikatan tu kat paper. MC tak suka. So skang, kertas cantik ja. Hehehe... Ini adalah packaging (kononnya) terbaru Craft Paper by MC. Beria ja... Hehehe...
Selain daripada kilang paper ni, MC dan suami pernah cari supplier Craft Paper Bag murah yang di suggest di blog. Ramai la yang cakap murah. MC ambil alamat & p cari. Tau tak katna? Kat Kolumpo nun. P cari masa p bercuti. Time tu kak MC dok sana lagi masa dia still kat HKL. Dok tengah-tengah bandaq Kolumpu tu MC p cari padahal bukan tau jalan pon. Kat area Kampung Baru. Tengah-tengah bandaq tu ada satu area pekan yang macam seram ja nak lalu. Kekekeke... Tak sangka pon ada kedai-kedai kat situ. Tapi macam-macam ada. Time tu MC tak dapat masuk kedai tu sebab jaga anak-anak yang tidoq dalam keta. (Note : MC orang Kedah. Memang buta area KL ni).
Gigih tak MC? Hahahaha! MC memang tak leh dok diam. So, dah penat-penat baca entry post MC ni, mehla beli Craft Paper ni. Ada banyak gunanya... Selain dari yang MC tunjuk kat atas ni, ada bnyak lagi yang anda boleh hasilkan (DIY) menggunakan Craft Paper ni tau. Boleh tengok kat entry post MC DI SINI.
Kalau ada yang berminat nak beli, anda boleh :
- ORDER DI SINI, atau
- WHATSAPP 019-474 2602 atau 019-736 8284.
Terima kasih kerana sudi baca entry post MC ni. Okla. Nak buat kerja lain plak. Syok plak ada blog leh bercerita panjang lebaq. Kekeke... Babai...
With Love,
MC
Mama Chekgu
0 comments:
Post a Comment