Kelas Online Clipart bersama MC

Kelas Online Clipart bersama MC
Showing posts with label KOCMC. Show all posts
Showing posts with label KOCMC. Show all posts

Saturday, 5 November 2016

Pandainya Adik (Edisi : Tulis ABC)

Alhamdulillah... Akhirnya... Kami dari KOCMC FAMILY berjaya menyiapkan lembaran kerja ini di bawah PROJEK AMAL KOCMC 1.

Untuk makluman semua, buku kerja Pandainya Adik, edisi Tulis ABC ini merupakan PROJEK AMAL KOCMC yang pertama keluaran warga KOCMC (Kelas Online Clipart bersama MC). Ia merupakan hasil kerjasama KOCMC FAMILY . Seramai 25 orang ahli yang telah menjayakan projek amal ini. Terima kasih dan syabas kepada semua ahli atas kesudian meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan projek ini.

Projek amal ini adalah projek perkongsian percuma dari kami, maka diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas projek kami ini dengan menjual semula samada dalam bentuk salinan keras (hardcopy) atau salinan lembut (softcopy). Sama-samalah kita panjangkan buku kerja ini sebagai sedekah jariah kita bersama.

Doakan semoga projek amal ini menjadi projek berterusan dari pihak kami untuk menghasilkan pelbagai buku kerja
di masa akan datang. InsyaAllah.
Amin…


































  • Untuk mendapatkan fail jpeg yang lebih berkualiti, sila download --> DI SINI <--



  • Untuk fail format pdf, anda boleh download  --> DI SINI <--


Buku kerja Pandainya Adik edisi Tulis ABC ini adalah hasil usahasama kami semua warga KOCMC di bawah ini :


Tidak dilupakan Kak Azmila Awang atas komen membina haritu & juga Kak Ummu Mufeeda Al Helmi yang telah memberi cadangan penambahbaikan projek ni. MC dah betulkan template ikut cadangan akak2 berdua. Thanksss...
.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek amal ini.
Terima kasih.
.
Semua clipart & ilustrasi di dalam lembaran kerja ini adalah dihasilkan sendiri oleh kami semua dengan menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint.
.
Semoga hasil usahasama kami ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
.
Silakan share.

#KOCMC
#KOCMCFAMILY
#KOCMCBATCH1
#KOCMCBATCH2
#KOCMCBATCH3
#KOCMCBATCH4
#KOCMCBATCH5
#KOCMCBATCH6
#KOCMCBATCH7
#KOCMCBATCH8
#PowerPointPower
#ProjekPowerPoint
#LukisClipartGunaPowerPoint
Share/Bookmark

Saturday, 8 October 2016

Sketch to Digital Vector Image!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Semalam MC upload hasil MC lukis semula sketches by Harith & Damia dalam PowerPoint, malam ni MC nak upload hasil lukis semula sketch yang MC buat sendiri! MC ni tak reti hand drawing. Hantam saja. Buruk benor lukisan tangan MC. Tak percaya??? Tengok ni.


Haaaa... Kan dah kata, buruks benor. Kihkihkih... Dengan badan & muka yang tak balance dari segi saiznya. Ahakkksss! MC pon trace semula sketch MC ni dalam PowerPoint. Hasilnyaa....


Comei la sikit kan... Restructure badan & shawl doodle ni. Nanti boleh la nak tukaq2 mata & color shawl. Ooooo... Lupa pakaikan blusher la plak! Tak pa la. MC dah xpakai blusher dah skang. Mulut tu pon merah benor sebab makan sirih. Hahaha! Ni MC try plak tukaq2 mata dia. Mmmm... Macam... Pelik sket... Kekeke...

Mata ni husband yang pilih. Google doodle eye & lukis dalam PP 

Ni mata doodle sebelum ni. Tak berapa ngam plak ngan dia ni kan?
Ni MC kurangkan tebal Outline.



Macam lagi ok kan bila kurangkan tebal Outline tu. Ni plak MC tambah shadow sket.


Gituuuu.... & Lastly, ada tak sapa2 yang nak lukis set mata, hidung & mulut untuk Doodle MC ni? Kekekeke... Still tak puas hati dengan set muka doodle kat atas ni. Huhuhu...

Doodle tanpa rupa. Uhuksss!

Sebelum ni MC ada lukis semula doodle yang MC beli sketch dari cikgu Aliff Aniki. Suka dengan sketch dia. Ni ha sketch yang MC beli dari dia.

Comei kan???

Ni MC dah lukis semula dalam PowerPoint. Sukaaaa!!!
Anda semua pon boleh buat sendiri doodle or clipart. Guna PowerPoint ja pon. Tak perlu Software gempak2. MC pon dah lama tak design dalam CorelDraw sejak terjebak dalam PP ni. Hehehe...

Banyak faedah anda belajar. Di samping sebagai ilmu tambahan, anda juga boleh lukis semula sketches anak2 anda & boleh print jadikan frame atau Printed Fabric untuk hiasan dalam bilik anak2 anda. Tambah la wording kata2 hikmah kan? MC ada plan nak buat tapi tunggu masa yang sesuai.

Kalau anda rasa nak belajar buat sendiri doodle & clipart, boleh join #KOCMChttp://mamachekgu.blogspot.my/2016/09/kocmc.html yang MC buat. So far, dah masuk Batch yang ke 7. InsyaAllah akan on kelas 10.10.16 (Isnin), 9.00 - 11.00 Malam.

Kalau berminat nak belajar, boleh message MC di Telegram, 0194742602.

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Monday, 3 October 2016

DOODLE MC - VERSI BAJU & KAIN

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Ni MC buat versi kain plak. Yang tadi versi Palazo Pant. Layan ja la ye. Malas nak taip. Ihiksss!
















Silakan ambil ye.

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark