Kelas Online Clipart bersama MC

Kelas Online Clipart bersama MC
Showing posts with label Belajar Lukis Clipart. Show all posts
Showing posts with label Belajar Lukis Clipart. Show all posts

Thursday, 13 October 2016

SKETCH LEMON TO VECTOR LEMON

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Ni sketch lemon MC buat bila ntah masa dalam kelas. Tengok pembalut meja guru kelas 1A5, buah-buah, sedap tengok. MC pon lukis macam buah di plastik meja tu. Pelajar tengah buat folio Geografi time tu. Sketch MC semua buruk2 ja. Kekeke...


Hari ni baru berkesempatan nak lukis dalam PowerPoint lemon ni. Ok la kot noh. Ada la rupa lemon. Kekeke... Nak lemon ni, ambil la ye.



Nanti MC upload semua clipart buah yang MC dah lukis kat sini ye. InsyaAllah...

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Saturday, 8 October 2016

Sketch to Digital Vector Image!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Semalam MC upload hasil MC lukis semula sketches by Harith & Damia dalam PowerPoint, malam ni MC nak upload hasil lukis semula sketch yang MC buat sendiri! MC ni tak reti hand drawing. Hantam saja. Buruk benor lukisan tangan MC. Tak percaya??? Tengok ni.


Haaaa... Kan dah kata, buruks benor. Kihkihkih... Dengan badan & muka yang tak balance dari segi saiznya. Ahakkksss! MC pon trace semula sketch MC ni dalam PowerPoint. Hasilnyaa....


Comei la sikit kan... Restructure badan & shawl doodle ni. Nanti boleh la nak tukaq2 mata & color shawl. Ooooo... Lupa pakaikan blusher la plak! Tak pa la. MC dah xpakai blusher dah skang. Mulut tu pon merah benor sebab makan sirih. Hahaha! Ni MC try plak tukaq2 mata dia. Mmmm... Macam... Pelik sket... Kekeke...

Mata ni husband yang pilih. Google doodle eye & lukis dalam PP 

Ni mata doodle sebelum ni. Tak berapa ngam plak ngan dia ni kan?
Ni MC kurangkan tebal Outline.



Macam lagi ok kan bila kurangkan tebal Outline tu. Ni plak MC tambah shadow sket.


Gituuuu.... & Lastly, ada tak sapa2 yang nak lukis set mata, hidung & mulut untuk Doodle MC ni? Kekekeke... Still tak puas hati dengan set muka doodle kat atas ni. Huhuhu...

Doodle tanpa rupa. Uhuksss!

Sebelum ni MC ada lukis semula doodle yang MC beli sketch dari cikgu Aliff Aniki. Suka dengan sketch dia. Ni ha sketch yang MC beli dari dia.

Comei kan???

Ni MC dah lukis semula dalam PowerPoint. Sukaaaa!!!
Anda semua pon boleh buat sendiri doodle or clipart. Guna PowerPoint ja pon. Tak perlu Software gempak2. MC pon dah lama tak design dalam CorelDraw sejak terjebak dalam PP ni. Hehehe...

Banyak faedah anda belajar. Di samping sebagai ilmu tambahan, anda juga boleh lukis semula sketches anak2 anda & boleh print jadikan frame atau Printed Fabric untuk hiasan dalam bilik anak2 anda. Tambah la wording kata2 hikmah kan? MC ada plan nak buat tapi tunggu masa yang sesuai.

Kalau anda rasa nak belajar buat sendiri doodle & clipart, boleh join #KOCMChttp://mamachekgu.blogspot.my/2016/09/kocmc.html yang MC buat. So far, dah masuk Batch yang ke 7. InsyaAllah akan on kelas 10.10.16 (Isnin), 9.00 - 11.00 Malam.

Kalau berminat nak belajar, boleh message MC di Telegram, 0194742602.

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Monday, 3 October 2016

DOODLE MC - VERSI BAJU & KAIN

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Ni MC buat versi kain plak. Yang tadi versi Palazo Pant. Layan ja la ye. Malas nak taip. Ihiksss!
















Silakan ambil ye.

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

DOODLE MC - EDITED!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Setelah dibetulkan oleh rakan2 sekapal bak kata Kak Nik Mahzon, akhirnya... Jenuhla tadi dok posing gaya gitu nak buat bagi jadi tangan yang pegang spek tu. Hohoho...
.
Tq Kak Ummu Mufeeda Al Helmi & Kak Fazie Yazin.
.
Ingat cikgu yang mengajar ni tak perlu minta nasihat & tunjuk ajar org lain??? No... Proses pembelajaran sentiasa berterusan.
.
Jadi kepada yang baru belajar tu, jangan expect too much. Kalau anda dah boleh lukis orange even herot petot (orang Kedah kata), anda patut berbangga sebab tu 1st time anda buat, dah boleh jadi sebijik limau. Kami yang mengajar ni pon melalui proses praktis yang lama. Masih juga perlu minta tunjuk ajar sesama sendiri.
.
1 day, tak mustahil anda semua yang dah belajar dengan kami berempat ni juga boleh hasilkan macam ni, malah lebih hebat lagi.
.
The key is, praktis... praktis... praktis...
Practice Make Perfect!
.
Yang xsiapkan homework nanti MC rotan.
Even tak da dateline.
Kekeke!






Yang ni pon dah edit semula sebab yang sebelum ni, leher dah rupa zirafah. Kakakaka!






Silakan ambil.

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

DOODLE BETULKAN SPEK!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Ni plak baru siap tadi. Habit MC. Suka betulkan spek.
Rasanya semua yang berspek mesti ada habit ni kan?
Sapa pakai spek, sila amek & add text nama buku ikut opsyen mengajar masing-masing.
Yang xpakai spek pon sila la amek. Ni buat sendiri jadi model. Tapi model ni xla secomel Doodle ni. Ihiksss!

Nanti sy upload yang xda spek plak ye.

Untuk makluman, model dalam ni berleher jinjang tau. Sebab tu nampak cam zirafah. Kihkihkih!






Silakan ambil.

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC


Share/Bookmark

Sunday, 2 October 2016

DOODLE AMBER LONG BLOUSE ANGGUNZARA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Semalam MC bawa anak3 pergi Pantai Merdeka & MC pakai Amber Long Blouse dari AnggunZara. Baju tu, sebjik macam dalam picture ni.

Sebijik camni tau.
Shawl MC pakai Aora Bubble, Double Loop dari Shawl House (SHE). MC ada banyak koleksi shawl SHE ni sebab MC suka sangat. Mudah & cepat tapi tetap comei bila MC pakai. Kekekeke! Semalam MC pakai warna cam atas ni la. Shawl & Palazo color hitam. Blouse color pink (Magenta). Sandal pakai soft pink. Kekekeke... So, alang-alang dah buat baju ni, MC pelbagaikan plak color. Layan...





Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC



Share/Bookmark

Tukar Mata Lain Pulak...

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Ni Doodle MC tukar pakai mata Doodle Damia plak. Layan...










Semoga Bermanfaat.

With Love
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark