Kelas Online Clipart bersama MC

Kelas Online Clipart bersama MC

Saturday 5 November 2016

Pandainya Adik (Edisi : Tulis ABC)

Alhamdulillah... Akhirnya... Kami dari KOCMC FAMILY berjaya menyiapkan lembaran kerja ini di bawah PROJEK AMAL KOCMC 1.

Untuk makluman semua, buku kerja Pandainya Adik, edisi Tulis ABC ini merupakan PROJEK AMAL KOCMC yang pertama keluaran warga KOCMC (Kelas Online Clipart bersama MC). Ia merupakan hasil kerjasama KOCMC FAMILY . Seramai 25 orang ahli yang telah menjayakan projek amal ini. Terima kasih dan syabas kepada semua ahli atas kesudian meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan projek ini.

Projek amal ini adalah projek perkongsian percuma dari kami, maka diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas projek kami ini dengan menjual semula samada dalam bentuk salinan keras (hardcopy) atau salinan lembut (softcopy). Sama-samalah kita panjangkan buku kerja ini sebagai sedekah jariah kita bersama.

Doakan semoga projek amal ini menjadi projek berterusan dari pihak kami untuk menghasilkan pelbagai buku kerja
di masa akan datang. InsyaAllah.
Amin…


































  • Untuk mendapatkan fail jpeg yang lebih berkualiti, sila download --> DI SINI <--



  • Untuk fail format pdf, anda boleh download  --> DI SINI <--


Buku kerja Pandainya Adik edisi Tulis ABC ini adalah hasil usahasama kami semua warga KOCMC di bawah ini :


Tidak dilupakan Kak Azmila Awang atas komen membina haritu & juga Kak Ummu Mufeeda Al Helmi yang telah memberi cadangan penambahbaikan projek ni. MC dah betulkan template ikut cadangan akak2 berdua. Thanksss...
.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek amal ini.
Terima kasih.
.
Semua clipart & ilustrasi di dalam lembaran kerja ini adalah dihasilkan sendiri oleh kami semua dengan menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint.
.
Semoga hasil usahasama kami ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
.
Silakan share.

#KOCMC
#KOCMCFAMILY
#KOCMCBATCH1
#KOCMCBATCH2
#KOCMCBATCH3
#KOCMCBATCH4
#KOCMCBATCH5
#KOCMCBATCH6
#KOCMCBATCH7
#KOCMCBATCH8
#PowerPointPower
#ProjekPowerPoint
#LukisClipartGunaPowerPoint
Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment