Kelas Online Clipart bersama MC

Kelas Online Clipart bersama MC

Saturday 5 November 2016

Pandainya Adik (Edisi : Tulis ABC)

Alhamdulillah... Akhirnya... Kami dari KOCMC FAMILY berjaya menyiapkan lembaran kerja ini di bawah PROJEK AMAL KOCMC 1.

Untuk makluman semua, buku kerja Pandainya Adik, edisi Tulis ABC ini merupakan PROJEK AMAL KOCMC yang pertama keluaran warga KOCMC (Kelas Online Clipart bersama MC). Ia merupakan hasil kerjasama KOCMC FAMILY . Seramai 25 orang ahli yang telah menjayakan projek amal ini. Terima kasih dan syabas kepada semua ahli atas kesudian meluangkan masa dan tenaga dalam menjayakan projek ini.

Projek amal ini adalah projek perkongsian percuma dari kami, maka diharapkan tiada pihak yang mengambil kesempatan ke atas projek kami ini dengan menjual semula samada dalam bentuk salinan keras (hardcopy) atau salinan lembut (softcopy). Sama-samalah kita panjangkan buku kerja ini sebagai sedekah jariah kita bersama.

Doakan semoga projek amal ini menjadi projek berterusan dari pihak kami untuk menghasilkan pelbagai buku kerja
di masa akan datang. InsyaAllah.
Amin…


































  • Untuk mendapatkan fail jpeg yang lebih berkualiti, sila download --> DI SINI <--



  • Untuk fail format pdf, anda boleh download  --> DI SINI <--


Buku kerja Pandainya Adik edisi Tulis ABC ini adalah hasil usahasama kami semua warga KOCMC di bawah ini :


Tidak dilupakan Kak Azmila Awang atas komen membina haritu & juga Kak Ummu Mufeeda Al Helmi yang telah memberi cadangan penambahbaikan projek ni. MC dah betulkan template ikut cadangan akak2 berdua. Thanksss...
.
Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek amal ini.
Terima kasih.
.
Semua clipart & ilustrasi di dalam lembaran kerja ini adalah dihasilkan sendiri oleh kami semua dengan menggunakan perisian Microsoft Office PowerPoint.
.
Semoga hasil usahasama kami ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
.
Silakan share.

#KOCMC
#KOCMCFAMILY
#KOCMCBATCH1
#KOCMCBATCH2
#KOCMCBATCH3
#KOCMCBATCH4
#KOCMCBATCH5
#KOCMCBATCH6
#KOCMCBATCH7
#KOCMCBATCH8
#PowerPointPower
#ProjekPowerPoint
#LukisClipartGunaPowerPoint
Share/Bookmark

Thursday 27 October 2016

DEMAM DOODLE DIRI SENDIRI KOCMC FAMILY!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Lepas MC share doodle diri sendiri yang MC buat, sorang-sorang dari KOCMC FAMILY pon cuba jugak & doodle diri sendiri.


Ni plak yang KOCMC FAMILY buat. Teruja MC tengok! Layan ye.






Cikgu ni lukis muka student dia plak

I'm so proud of you dear KOCMC FAMILY. Nantikan Projek Amal 1 KOCMC Family! SIkit lagi nak siap!

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Tuesday 25 October 2016

DOODLE ME, MYSELF

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Ni MC doodle diri sendiri kengkononnya tapi Doodle mesti la lagi cun dari MC kan? Kekeke... Yang lukis sebelum ni pon tiru baju MC jugak cuma tak snap picture & letak sebelah2 gini.




MC pakai ni dress Zawara. Ms tahun 2013 MC memang gila dress Zawara. So, memang banyak jgkla beli sebab harga dia RM99 ja masa tu. La xdak dah rega tu. Huhuhu... Masa pakai tu fefeeling princess gitu.

Kalau MC nak buat doodle MC ni untuk print atas beg, ada yang nak beli tak? Kekeke... Tengah dok intai something & sangat menarik minat MC. Berbunga2 hati ni. Hehehe... Baru intai dah berbunga. MC ni memang jenis syok sendiri. Kohkohkoh...

Ni MC letak semua color dress Zawara yang MC ada. Yang dah let go, MC xtiru. Kekeke...






Color yang last tu ja color dress adik MC. Yang lain2 tu semua MC punya dress. Hahaha!

Comei tak MC? Eh! Doodle MC ni??? Kekeke...

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Thursday 13 October 2016

FRUIT'S CLIPARTS by MC

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Dalam post ni MC akan letak semua Clipart buah yang MC lukis. Kalau ada yang baru MC buat nanti MC masukkan kat dalam ni.

Ni semua MC lukis guna PowerPoint ja. Lukis sebelum2 ni & MC compile balik letak dalam 1 fail & album.

Ni ada yang ada dua versi. Versi 3D & versi 2D tapi diberi efek 3D.




































Silakan Share.

Semoga Bermanfaat.
With Love,
Mama Chekgu (MC)

#KOCMC
#DesignByMC
#DesignGunaPowerPoint
#PowerPointPower!
#CikguOnline
#CikguClipart
Share/Bookmark