Kelas Online Clipart bersama MC

Kelas Online Clipart bersama MC

Monday 19 September 2016

KOCMC BATCH 1 - COMPLETED!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



Untuk pengetahuan semua, MC dah berjaya laksanakan Kelas Online Clipart bersama MC (KOCMC) iaitu, KOCMC BATCH 1 yang telah dijalankan pada 15 September 2016 (Khamis) yang lalu. Kelas tersebut bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada 11.30 malam. 9 orang yang terlibat pada batch tersebut sangat supportive & rata-rata berjaya menyelesaikan aktiviti semasa proses pengajaran & pembelajaran berlangsung. Selepas itu, MC serap mereka semua ke dalam KOCMC Support Group di Facebook untuk pembelajaran, bimbingan & perkongsian berterusan di situ.

Terdapat seorang pelajar tidak berjaya menghasilkan satu aktiviti seperti yang dikehendaki MC dan beliau telah menyambung keesokkan hari di KOCMC Support Group & dibimbing oleh salah seorang peserta KOCMC BATCH 1 yang lain yang juga menggunakan Ms Office PowerPoint 2007. Setelah mendapat bimbingan tersebut, beliau berjaya menyempurnakan aktiviti tersebut dengan jayanya.

MC nak buat pengakuan ikhlas. MC sebenarnya tak sangka mereka semua boleh buat semua tu dalam masa yang singkat. Gelas berais yang sangat ohsem. Dah siap buat paus. Siap inovatif lagi upgrade hasil masing-masing. MC sangat teruja & betul-betul tak sangka. MC hanya mengajar teknik asas sahaja tetapi mereka berjaya menghasilkannya.

MC rasa terharu sangat. Dah lama tak dapat ajar apa yg MC minat. Last ajar subjek Produksi Multimedia pada tahun 2008, di SMK Pulau Nyior, Jitra Kedah semasa praktikal. Pengalaman yang sangat best. So bila dapat mengajar macam ni, even secara online ja, rasa bahagia sangat.

Untuk pengetahuan semua, MC adalah cikgu Opsyen MPV : Produksi Multimedia (MPV Sekolah Harian) tapi tak pernah dapat ajar opsyen sendiri coz limited sekolah sahaja yg tawarkan subjek tu. MC pernah bercita-cita nak ada lab sendiri (skg pon masih menyimpan hasrat tersebut), nak ajar anak-anak lepasan SPM skill tambahan ni. Siap suarakan hasrat kat jiran-jiran kat taman MC tinggal ni, kalau surau ada peruntukan lebih, boleh buat mini lab. MC nak ajar anak-anak taman ni skill ni secara percuma ja. Minat punya pasal.

Terima Kasih kepada semua peserta KOCMC BATCH 1. KENANGAN SEMASA KOCMC BATH 1 BERLANGSUNG.

Semoga ukhwah yang terjalin even dalam masa yang singkat ini akan kekal selama-lamanya. MC akan sambung sharing tips & praktis dia KOCMC Support Group.

Syabas semua & Good Luck!
Semoga semua peserta KOCMC pula yang akan meneruskan sharing bahan-bahan serta clipart-clipart untuk kegunaan bersama.

Kenang daku dalam doamu... Hehehe...

Ikhlas,
MC yang sangat terharu
Mama Chekgu
Share/Bookmark

0 comments:

Post a Comment