Kelas Online Clipart bersama MC

Kelas Online Clipart bersama MC

Tuesday 27 September 2016

MODUL KOCMC : DOODLE DAMIA

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Untuk pengetahuan semua, MC buat modul baru untuk Kelas Online Clipart bersama MC (KOCMC) di mana, modul utama MC adalah untuk menghasilkan Doodle Damia.

Doodle Damia
Doodle Damia ni hanya menggunakan Basic Shapes sahaja, MC akan ajar asas untuk edit shape untuk jadi seperti Doodle Damia ni. Peserta juga dibenarkan untuk menggunakan Shapes lain yang mereka mahu.

Objektif modul ni adalah menghasilkan Doodle Damia yang sempurna. Tapi bukan wajib siap masa dalam kelas tu. Peserta boleh cuba perbaiki Doodle masing-masing dari semasa ke semasa di mana MC akan bimbing secara berterusan di Group Telegram & KOCMC Support Group (FB).

Evolusi atau perkembangan Doodle Damia, peserta boleh buat seperti di bawah.

Buang kaki sebelah & lebarkan untuk jadi kain. Baju boleh dilabuhkan.

Buang kaki, labuhkan baju. Kembangkan sikit, jadi jubah.
Bila peserta dah dapat buat semua di atas, boleh lah berevolusi dengan lebih mendalam. Boleh hasilkan plak Doodle Damia yang lebih matang seperti di bawah.





Nak buat Doodle Damia yang lebih matang ni, MC akan guide semua peserta KOCMC sampai bila-bila. Belajar hari-hari, Praktis... Praktis,,, Praktis... Kena rajin explore sendiri. Satu hari nanti, anda semua boleh hasilkan lebih hebat dari MC.

Mai MC ajaq. Jom masuk kelas MC. Doodle di bawah ni yang dibuat oleh peserta KOCMC. Once anda dah dapat buat macamni, InsyaAllah, anda bakal menghasilkan Doodle yang lebih hebat dari Doodle Damia MC tu.






MC bangga dengan hasil peserta KOCMC BATCH 1 - 3 ni sebab MC bagi sekejap ja, dah boleh buat.

InsyaAllah, peserta-peserta KOCMC BATCH 4 pon bakal hasilkan doodle best-best sebab modul ni MC guna untuk kelas Batch 4 yang berlangsung semalam (27.09.16 (Selasa), 9.00 - 11.00 malam). Picture di bawah adalah hasil peserta yang zero dalam Graphic Design hasilkan di akhir kelas semalam.







Selain Doodle, mereka juga ada hasilkan epal dari Basic Shapes sementara menunggu rakan-rakan lain menyiapkan aktiviti. Walaupon melukis epal ni adalah aktiviti selingan, mereka berjaya menghasilkan epal & juga transform kepada buah lain dengan jayanya.







Best kan? Anda yang langsung tak da Basic Graphic Design tu, jangan risau. Bukan bermakna sekali masuk kelas tu, boleh buat terus jadi cantik. No... Kalau ada tu memang jenis yang Gifted, sama macam subjek Pendidikan Seni Visual tu. Kelas online WAJIB HADIR tu adalah untuk MC ajar basic kepada anda. Asalkan ada rupa, itu adalah perkembangan yang hebat! Sebab... Bila dah ada rupa, dah tau proses dia, nak cantikkan, boleh buat kemudian. Edit bagi smooth.

Untuk 3D. MC akan ajar diluar waktu Kelas WAJIB HADIR tersebut yang diadakan di Telegram. Peserta boleh belajar di KOCMC Support Group (FB) atau di Telegram KOCMC.

Kepada yang berminat nak join kelas online MC ni, yuran dia rendah ja. MC kenakan kira MC jual masa & servis MC.

Kalau berminat, sila Whatsapp / Telegram 0194742602.

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Monday 26 September 2016

KOCMC BATCH 2 & 3 COMPLETED!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera...

Alhamdulillah... KOCMC BATCH 2 & 3 dah selesai dengan jayanya...

InsyaAllah malam ni akan berlangsung KOCMC BATCH 4 (JV Kak Yan) & 1 lagi BATCH 4 : Special Edition iaitu peserta khas dari sekolah MC mengajar. Dok perturun ilmu kat cikgu2 sekolah lain ja. Yang special edition ni, maybe MC akan buat malam esok kot.

Untuk pengetahuan semua, start Batch 4 ni MC akan guna modul baru iaitu lukis Doodle Damia ni sampai siap.


Doodle Damia ni adalah doodle yang paling mudah MC pernah buat. Just guna Basic Shapes sahaja dalam PowerPoint & edit, kecuali mulut dan hidung guna Freeform : Shape.

Tak percaya MC buat guna Shapes dalam PowerPoint??? Meh join kelas online MC (KOCMC).

Yang paling best, dari objek yg sama di atas, anda boleh transform jadi 2 versi di bawah ni plak.



Best ke best??? Mesti la best!!! Nak join kelas??? Meh join last Batch sesi berjadual ni.


KOCMC BATCH 5 ni merupakan batch terakhir berjadual. TERAKHIR??? Hehehe... Maksudnya, lepas ni MC buat jugak kelas tapi tanpa jadual. Cukup 10 orang, MC akan decide date bersama peserta2 tersebut. So, MC tak terikat dengan jadual.

Kalau berminat, sila Telegram atau Whatsapp MC 0194742602. Siapa cepat dia dapat ye.

Semoga Bermanfaat,

With Love,
Mama Chekgu
MC



Share/Bookmark

NEW KOCMC MODULE!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Untuk pengetahuan semua, MC nak rombak semula modul kelas online MC.

Gadis comel ni bakal menjadi modul utama MC.
Time kelas, buat kembar seiras atau tak seiras dia ni sampai siap.


Gadis comel ni adalah doodle paling senang MC pernah buat. 3 versi pakaian dari shape yang sama. Semua guna Basic Shapes dalam PowerPoint sahaja. Tak percaya??? Meh join KOCMC MC, then time tu baru anda tauuuu... Betapa senangnya nak buat doodle guna PowerPoint.

Then untuk 3D, MC akan ajar lepas kelas.

Ni plak evolusi Doodle di atas, dari shape yang sama. Edit ja shape tu untuk jadi Doodles versi di bawah ni plak.




Kalau berminat, sila Whatsapp atau Telegram MC, 0194742602.
Kelas akan dibuat di Telegram.

Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Friday 23 September 2016

FREE CLIPARTS : MANGO & APPLE

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Layan picture je la ye. Tak larat nak tulis. Kekekeke...






Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Thursday 22 September 2016

FREE CLIPARTS : STAR FISH & BUBBLE TALK

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Ni Star Fish plak. Tak larat nak menaip la plak. Hehehe... Layan picture ja la.













Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark

Wednesday 21 September 2016

Kelas Online Blog bersama MC (KOBMC)

Kelas Online Blog bersama MC (KOBMC) - PERCUMA! . Assalamualaikum & Selamat Sejahtera. Sebelum ni MC ada maklum nak buat kelas online bina blog kan? InsyaAllah MC akan buat nanti bila ada masa yang sesuai. Kelas tu MC akan buat di Telegram, so siapa yang berminat nak join, sila download Telegram. . Untuk KOBMC ni, TIADA YURAN DIKENAKAN. PERCUMA SAHAJA. Sesiapa nak belajar pon boleh. Tua, muda, pelajar, suri rumah, yang ada bisnes (Harus join), semua MC terima. Kelas tu MC & adik MC yang akan handle. . Kami akan ajar arrange layout, tukar template, Add Gadgets, & yang paling penting, posting anda yang pertama di blog. Group Telegram tu takkan di delete so anda boleh belajar sampai bila2 di situ, kalau ada apa2 kemusykilan, just tanya ja kat situ, InsyaAllah, MC & adik MC akan jawab bila kami free. . Untuk yang berminat, sila PM di Telegram MC, 0194742602, "Saya berminat nak join KOBMC". Group dah ada. Tunggu ahli2 yang nak join & masa yang sesuai untuk Proses PdP tersebut yang MC jangka akan berlangsung selama 2-3 jam. . Ni blog MC. Template MC guna kat blog tu, yang FREE ja. MC just download & guna. Tak perlu buat sendiri. http://mamachekgu.blogspot.my/ . Clipart dalam picture di bawah ni, MC design guna #PowerPoint ja tau. . #KOBMC #KOCMC #KOCMCBATCH1 - DONE! #KOCMCBATCH2 - DONE! #KOCMCBATCH3 - NEXT!

Share/Bookmark

Monday 19 September 2016

KOCMC BATCH 1 - COMPLETED!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.



Untuk pengetahuan semua, MC dah berjaya laksanakan Kelas Online Clipart bersama MC (KOCMC) iaitu, KOCMC BATCH 1 yang telah dijalankan pada 15 September 2016 (Khamis) yang lalu. Kelas tersebut bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pada 11.30 malam. 9 orang yang terlibat pada batch tersebut sangat supportive & rata-rata berjaya menyelesaikan aktiviti semasa proses pengajaran & pembelajaran berlangsung. Selepas itu, MC serap mereka semua ke dalam KOCMC Support Group di Facebook untuk pembelajaran, bimbingan & perkongsian berterusan di situ.

Terdapat seorang pelajar tidak berjaya menghasilkan satu aktiviti seperti yang dikehendaki MC dan beliau telah menyambung keesokkan hari di KOCMC Support Group & dibimbing oleh salah seorang peserta KOCMC BATCH 1 yang lain yang juga menggunakan Ms Office PowerPoint 2007. Setelah mendapat bimbingan tersebut, beliau berjaya menyempurnakan aktiviti tersebut dengan jayanya.

MC nak buat pengakuan ikhlas. MC sebenarnya tak sangka mereka semua boleh buat semua tu dalam masa yang singkat. Gelas berais yang sangat ohsem. Dah siap buat paus. Siap inovatif lagi upgrade hasil masing-masing. MC sangat teruja & betul-betul tak sangka. MC hanya mengajar teknik asas sahaja tetapi mereka berjaya menghasilkannya.

MC rasa terharu sangat. Dah lama tak dapat ajar apa yg MC minat. Last ajar subjek Produksi Multimedia pada tahun 2008, di SMK Pulau Nyior, Jitra Kedah semasa praktikal. Pengalaman yang sangat best. So bila dapat mengajar macam ni, even secara online ja, rasa bahagia sangat.

Untuk pengetahuan semua, MC adalah cikgu Opsyen MPV : Produksi Multimedia (MPV Sekolah Harian) tapi tak pernah dapat ajar opsyen sendiri coz limited sekolah sahaja yg tawarkan subjek tu. MC pernah bercita-cita nak ada lab sendiri (skg pon masih menyimpan hasrat tersebut), nak ajar anak-anak lepasan SPM skill tambahan ni. Siap suarakan hasrat kat jiran-jiran kat taman MC tinggal ni, kalau surau ada peruntukan lebih, boleh buat mini lab. MC nak ajar anak-anak taman ni skill ni secara percuma ja. Minat punya pasal.

Terima Kasih kepada semua peserta KOCMC BATCH 1. KENANGAN SEMASA KOCMC BATH 1 BERLANGSUNG.

Semoga ukhwah yang terjalin even dalam masa yang singkat ini akan kekal selama-lamanya. MC akan sambung sharing tips & praktis dia KOCMC Support Group.

Syabas semua & Good Luck!
Semoga semua peserta KOCMC pula yang akan meneruskan sharing bahan-bahan serta clipart-clipart untuk kegunaan bersama.

Kenang daku dalam doamu... Hehehe...

Ikhlas,
MC yang sangat terharu
Mama Chekgu
Share/Bookmark

Saturday 17 September 2016

FREE CLIPART : ANGGUR KOT NI

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.

Yang mana 1 pilihan anda?
.
MC ajar basic teknik buat clipart, then macam2 clipart anda boleh buat sendiri.
.
Ni dari Basic Shape : Oval sahaja, then boleh hasilkan segugus anggur.
.
Jom join Kelas Online Clipart bersama MC (KOCMC)! Modul disediakan. Lepas tamat kelas 3 jam, anda akan diserap ke dalam KOCMC Support Group untuk bimbingan dari MC sampai bila2...
.
Di KOCMC Support Group tu ada Self Assessment yang MC sediakan. So far, ada 5 Self Assessment yang MC letak. MC akan tambah dari semasa ke semasa.
.
Kalau berminat nak join, sila lihat  jadual mengikut batch yang telah MC aturkan.
.
Then, boleh Whatsapp MC di 0194742602.

2D. Just guna Basic Shape : Oval

Efek 3D. Tambah shining pada picture di atas

3D version


Semoga Bermanfaat.

With Love,
Mama Chekgu
MC
Share/Bookmark